Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XIV
127. Penyampaian dokumen
Feedback & supportPenyampaian dokumen ke atas mana-mana orang hendaklah dilaksanakan dengan—
menyerahkan dokumen itu kepada orang itu atau dengan menyerahkan dokumen itu di tempat kediamannya yang akhir diketahui kepada seorang anggota keluarganya yang dewasa;
meninggalkan dokumen itu di tempat kediaman atau urusan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepada orang itu;
atau
menghantar dokumen itu melalui pos berdaftar dalam surat bayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau urusan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui.
Jika sesuatu dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu maka dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari dokumen itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos.