Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XIV
123. Pelindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTindakan tidak boleh dibawa dan pendakwaan tidak boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana Mahkamah terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua Pengarah, Pelindung, Pembantu
Kanak-Kanak 155
Pelindung, pegawai penjara, Pegawai Kebajikan Masyarakat, pegawai akhlak, pegawai polis atau pegawai perubatan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
(a)
dengan suci hati;
(b)
dengan kepercayaan yang munasabah bahawa apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya; atau
(c)
untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.