Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XIV
128. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan yang pada hematnya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukanperuntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
untuk menetapkan penjalanan, pengurusan, tatatertib dan kawalan sekolah-sekolah diluluskan, Sekolah-Sekolah
Henry Gurney, asrama-asrama akhlak, tempat-tempat tahanan atau pusat-pusat;
untuk mengadakan peruntukan mengenai penyenggaraan, tatatertib, layanan dan pendidikan, vokasional atau
Kanak-Kanak 157
selainnya, kanak-kanak atau orang lain yang ditahan di sekolah-sekolah diluluskan atau Sekolah-Sekolah
Henry Gurney termasuk—
kuasa, kewajipan dan fungsi Lembaga Pelawat;
pemberian cuti kepada kanak-kanak dan orang lain yang ditahan;
lawatan ke, dan pemeriksaan, sekolah-sekolah itu oleh orang atau kumpulan-kumpulan orang yang dilantik oleh Menteri dari semasa ke semasa bagi mana-mana kawasan; dan
perintah atau hukuman kerana kanak-kanak atau orang lain yang ditahan melanggar tatatertib;
untuk menetapkan kewajipan dan tanggungjawab
Pelindung-Pelindung, Pembantu-Pembantu Pelindung dan pegawai-pegawai akhlak;
untuk menetapkan keanggotaan dan kewajipan Pasukan
Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak;
untuk menetapkan kelayakan, kewajipan dan latihan penasihat-penasihat;
untuk mengadakan peruntukan bagi pemeliharaan, kawalan, penahanan, tatatertib, kemasukan, pelepasan dan jagaan susul, ketidakhadiran sementara, penyenggaraan, pendidikan dan latihan kanak-kanak yang diletakkan di tempat-tempat selamat dan tempat-tempat perlindungan;
untuk mengawal selia pegurusan, pentadbiran, lawatan dan pemeriksaan tempat-tempat selamat dan tempat-tempat perlindungan;
untuk mengadakan peruntukan bagi—
pemeliharaan, penyenggaraan dan pendidikan kanak-kanak yang diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan mana-mana orang yang layak dan sesuai di bawah peruntukan Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia 158
kewajipan orang yang layak dan sesuai itu dalam memelihara kanak-kanak itu;
untuk menetapkan pemilihan dan kelayakan orang yang layak dan sesuai yang dengannya seseorang kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan boleh diletakkan;
untuk menghendaki orang yang menjaga tempat-tempat selamat dan tempat-tempat perlindungan mengemukakan kepada Ketua Pengarah penyata-penyata, laporan-laporan dan maklumat berkenaan dengan kanak-kanak yang diletakkan di tempat-tempat selamat dan tempat-tempat perlindungan itu;
untuk menetapkan kewajipan dan tanggungjawab ibu dan bapa peliharaan;
untuk menetapkan keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara menjalankan urusan Lembaga Pelawat;
untuk menetapkan tatacara dan amalan Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak;
untuk menetapkan butir-butir, fotograf atau cara pengenalan lain yang hendaklah diberikan berhubung dengan seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
untuk menghendaki pemberian maklumat tentang pertukaran alamat tiap-tiap kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan orang yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu, dan pemindahan rekod-rekod dan daftar-daftar dalam kes-kes sedemikian;
untuk menetapkan rekod-rekod yang dikehendaki disimpan berkenaan dengan tiap-tiap kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan cara rekod-rekod itu hendaklah disimpan;
untuk menetapkan penyimpanan dan penyenggaraan
Daftar-Daftar;
untuk menetapkan borang-borang yang dikehendaki digunakan dan maklumat yang dikehendaki diberikan bagi apa-apa maksud Akta ini;
Kanak-Kanak 159
untuk menetapkan bentuk bagi notis, perintah, waran, saman dan bon di bawah Akta ini dan cara penyampaian notis, perintah, waran, saman dan bon itu;
untuk menetapkan fungsi, kuasa dan kewajipan pegawai-pegawai dan orang yang diberi kuasa di bawah
Akta ini dan cara dan syarat-syarat yang mengikutnya dan di bawahnya kuasa yang diberikan oleh Akta ini hendaklah dijalankan oleh pegawai-pegawai atau orang itu;
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan dan bahawa orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum apabila disabitkan dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan melebihi tiga tahun.