Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membuat peraturan bagi menetapkan jadual fi bagi mana-mana atau semua kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, meminda jadual fi melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang baginya suatu jadual fi telah ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi jadual fi itu.
Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak mematuhi mana-mana jadual fi yang ditetapkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Bahagian XVIII
Bahagian XIX