Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh mengecualikan mana-mana atau mana-mana bahagian kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini—
tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, selepas berunding dengan
Ketua Pengarah; dan
jika dia berpuas hati bahawa kemudahan jagaan kesihatan swasta itu tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada kesihatan orang awam, atau tidak akan dikendalikan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan kesihatan awam.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengecualian di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan hendaklah berhenti berkuat kuasa dari tarikh penyampaian notis penarikan balik itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 91
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Bahagian XVIII
Bahagian XIX