Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XVII · Kuasa Menteri

105. Sumbangan sosial atau kebajikan

(1)

Menteri boleh menetapkan jenis sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan atau jumlah sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan yang hendaklah diberikan, dan cara ia hendaklah diberikan, oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, meminda jenis sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan dan jumlah sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan yang dikenakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memberikan sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan mengikut jenis dan jumlah yang ditetapkan di bawah seksyen ini.

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(4)

Mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan