Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVII · Kuasa Menteri
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh melantik Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swasta.
Menteri boleh menentukan terma atau syarat pelantikan mana-mana anggota
Lembaga
Pelawat termasuklah pengerusinya, kewajipan dan fungsi mereka dan tatacara Lembaga Pelawat itu.
Hospital swasta hendaklah membayar anggota Lembaga
Pelawat apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta bagi kehadiran di mesyuarat Lembaga dan perbelanjaan perjalanan bagi kehadiran itu dalam melaksanakan kewajipan mereka sebagaimana yang ditentukan.
Bahagian XVIII
Bahagian XIX