Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 89 dan 100 adalah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan perkara yang sedang disiasat.
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang
Inspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumat benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan.
Jika apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (2)
dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan dakwaan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.
Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan seksyen 112 hingga 116 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang-orang yang diperiksa dalam penjalanan penyiasatan itu.
Bahagian XVII
Bahagian XVIII
Bahagian XIX