Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan
99. Pengkompaunan kesalahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat suatu tawaran bertulis dibuat kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua
Pengarah—
apa-apa jumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itu tetapi yang tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran telah disabitkan atas kesalahan itu; dan
dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Tiada tawaran untuk mengkompaun boleh dibuat tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas suatu kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun—
tiada prosiding lanjut boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan 88 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, bahan atau apa-apa benda lain yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakan.
Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX