Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan

94. Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan

Seseorang yang—

(a)

dengan sengaja melengahkan, menggalang atau menghalang seseorang Inspektor;

(b)

tidak menyediakan kemudahan atau bantuan, atau enggan memberikan maklumat, yang dikehendaki oleh seseorang

Inspektor; atau

(c)

tanpa alasan yang munasabah tidak atau enggan mengemukakan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang dikehendaki oleh seseorang Inspektor, dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Inspektor itu di bawah seksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan