Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan

88. Kuasa Inspektor untuk masuk dan memeriksa

(1)

Seseorang Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki dan memeriksa, pada bila-bila masa, mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar atau mana-mana premis yang dia syak atau mempunyai sebab untuk mempercayai digunakan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau mana-mana premis lain yang dalam atau darinya perkhidmatan jagaan kesihatan swasta disediakan tanpa lesen atau perakuan pendaftaran.

(2)

Dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen ini

Inspektor itu boleh—

(a)

memeriksa, menguji dan meneliti apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan atau alat yang digunakan atau yang dijumpai dalam kemudahan atau premis itu;

(b)

memeriksa, menguji, meneliti, mengambil, mengalih dan menahan sampel darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 77

kimia, bahan farmaseutikal, yang ditemui dalam kemudahan atau premis itu;

(c)

memeriksa, menguji, meneliti, mengambil dan mengalih semua bekas, barang dan benda lain yang semunasabahnya dipercayai oleh

Inspektor itu mengandungi atau telah mengandungi darah atau hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia atau bahan farmaseutikal;

(d)

memeriksa apa-apa ujian atau tatacara atau pengendalian yang dilaksanakan atau dijalankan untuk memastikan pematuhan peruntukan Akta ini; dan

(e)

memeriksa, membuat salinan dan mengambil cabutan daripada apa-apa buku, dokumen, rekod atau bahan elektronik yang berhubungan dengan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu atau premis itu.

Report

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan