Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English
Contents

Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

39. Baki kredit

(1)

Bagi maksud Bahagian ini, baki kredit bagi sesuatu syarikat setakat 31 Disember 2007 (kemudian daripada ini disebut dalam

Bahagian ini sebagai “baki 108”) hendaklah terdiri daripada—

(a)

amaun baki kredit bagi syarikat itu pada akhir tempoh asas bagi tahun taksiran 2007 yang ditentukan di bawah subseksyen 108(8) Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

(b)

amaun baki kredit bagi syarikat itu yang ditentukan di bawah seksyen 23 Akta Cukai Pendapatan (Pindaan)

2000 [Akta A1093] setakat 31 Disember 2007; dan

Kewangan 45

(c)

jika tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2007

berakhir—

(i)

pada hari selain 31 Disember 2007, mana-mana cukai yang dibayar dalam tempoh bermula dari hari pertama tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2008 hingga 31 Disember 2007; atau

(ii)

pada 31 Disember 2007, ansuran terakhir yang dibayar di bawah seksyen 107c Akta ibu berkenaan dengan tempoh asas itu.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (c)(ii), mana-mana cukai yang dibayar atau cukai yang dikenakan atas mana-mana taksiran atau taksiran komposit yang dibuat selepas 31 Disember 2007 tidak boleh ditambah kepada baki 108 atau baki 108 tersemak.

(3)

Dalam seksyen ini, “cukai yang dibayar” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 108(14) Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab IV

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990