Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English
Contents

Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

48. Dividen yang dibayar melebihi baki 108 tersemak

(1)

Jika seksyen 41 atau 46 terpakai dan sesuatu syarikat telah memotong cukai atas mana-mana dividen yang dibayar kepada pemegang syernya mengikut Bahagian ini, dan amaun yang dipotong itu melebihi baki 108 tersemak, lebihan itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu menjadi terhutang dan kena dibayar pada tarikh kena dibayar.

(2)

Jika mana-mana lebihan yang terhutang dan kena dibayar oleh sesuatu syarikat di bawah subseksyen (1) tidak dibayar pada tarikh kena dibayar, lebihan itu yang tidak dibayar pada habis tempoh tarikh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan, dinaikkan dengan suatu amaun yang bersamaan dengan sepuluh peratus lebihan yang tidak dibayar sedemikian, dan amaun yang tidak dibayar itu dan kenaikan atas amaun yang tidak dibayar itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu kena dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah.

(3)

Dalam seksyen ini, “tarikh kena dibayar” ertinya hari terakhir pada bulan ketujuh dari tarikh yang berikutan dengan tarikh penutupan tempoh perakaunan syarikat itu yang baginya seksyen 41 atau 46 terpakai.

(4)

Apa-apa hutang yang genap masa di bawah seksyen ini hendaklah boleh dituntut seolah-olah ia adalah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ibu.

Kewangan 51

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab IV

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990