Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
45. Penyata kepada Ketua Pengarah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika—
seksyen 40 terpakai, syarikat itu hendaklah—
dalam masa 30 hari dari tarikh dividen dibayar kepada pemegang syernya, mengemukakan kepada
Ketua Pengarah suatu penyata dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentukan baki 108 atau baki 108 tersemak;
dan
walau apa pun subperenggan (i), dalam masa 7 bulan berikutan dengan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2008, 2009, 2010, 2011, 2012,
2013, atau 2014 (jika terpakai) mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentukan baki 108 atau baki 108 tersemak atau mana-mana lebihan di bawah seksyen 48
pada akhir tempoh asas itu;
seksyen 41 terpakai, syarikat itu hendaklah dalam masa 30 hari dari 31 Disember 2007 mengemukakan kepada
Ketua Pengarah suatu penyata dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentukan baki 108
atau mana-mana lebihan di bawah seksyen 48; atau
syarikat itu tidak layak untuk memotong cukai atas dividen yang dibayar dalam tempoh dari 1 Januari 2008
hingga 31 Disember 2013, syarikat itu hendaklah dalam masa tujuh bulan berikutan dengan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas syarikat itu
Kewangan 49
bagi tahun taksiran 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, atau 2014 (jika terpakai) mengemukakan kepada Ketua
Pengarah suatu penyata dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir dividen yang dibayar itu.
Kegagalan syarikat itu untuk mematuhi subseksyen (1)
merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 120(1) Akta ibu.
Suatu penyata di bawah seksyen ini boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut seksyen 152a Akta ibu.
Bab III
Pindaan Kepada Akta Setem 1949
Bab IV
Bab V