Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English
Contents

Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

43. Semakan kadar cukai

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Bahagian ini, jika suatu dividen dibayar atau diagihkan dengan atau tanpa potongan cukai di bawah Bahagian ini, dan terdapat semakan pada kadar cukai syarikat bagi mana-mana tahun taksiran (dalam seksyen ini disebut “kadar tersemak”), amaun dividen yang diterima oleh pemegang syer hendaklah disifatkan sebagai dividen bagi suatu amaun kasar yang ditentukan mengikut formula—

1

x

B

(1-A)

apabila

A ialah kadar yang disemak yang terpakai bagi syarikat itu pada masa pembayaran atau pengagihan dividen;

B ialah amaun yang sebenarnya dibayar atau jika seksyen 41 terpakai dan dividen itu terdiri daripada harta selain wang, amaun nilai pasaran harta itu pada masa pengagihan dividen itu, dan suatu jumlah yang bersamaan dengan perbezaan antara amaun kasar itu dengan amaun dalam B menurut formula di atas hendaklah disifatkan telah dipotong daripada dividen itu sebagai cukai.

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab IV

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990