Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu syarikat membayar, atau mengagihkan tanpa potongan cukai sesuatu dividen yang daripadanya syarikat itu layak membuat potongan cukai di bawah Bahagian ini, dividen itu hendaklah disifatkan sebagai dividen bagi suatu amaun kasar sebagaimana yang ditentukan mengikut formula—
1
x
B
(1-A)
apabila
A ialah kadar yang terpakai bagi syarikat itu pada masa pembayaran atau pengagihan dividen;
B ialah amaun yang sebenarnya dibayar atau jika seksyen 41 terpakai dan dividen itu terdiri daripada harta selain wang, amaun nilai pasaran harta itu pada masa pengagihan dividen itu, dan suatu jumlah yang bersamaan dengan perbezaan antara amaun kasar itu dengan amaun dalam B menurut formula di atas hendaklah disifatkan telah dipotong daripada dividen itu sebagai cukai.
Kewangan 47
Bab III
Bab V