Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English
Contents

Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

46. Baki 108 tersemak

Jika dalam tempoh dari hari pertama tempoh asas bagi tahun taksiran 2008 hingga 31 Disember 2013—

(a)

cukai yang dikenakan ke atas pendapatan kena cukai sesuatu syarikat bagi tahun taksiran 2000 berasaskan tahun semasa dan tahun taksiran sebelumnya telah dilepaskan atau diremitkan; atau

(b)

apa-apa amaun cukai yang dibayar oleh syarikat itu yang telah diambil kira bagi maksud pengiraan baki 108

dibayar balik, baki 108 syarikat itu, hendaklah pada hari cukai itu dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik, dikurangkan mengikut apa-apa amaun cukai yang dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik (dalam

Bahagian ini disebut sebagai “baki 108 tersemak”).

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab IV

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990