Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
51. Tolakan di bawah seksyen 110
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 110 Akta ibu, sebelum pindaan kepada seksyen itu di bawah Akta ini, hendaklah terpakai bagi seseorang selain syarikat luar pesisir (tidak termasuk syarikat luar pesisir yang boleh dikenakan cukai), berkenaan dengan mana-mana cukai yang dipotong di bawah Bahagian ini:
Dengan syarat bahawa orang itu tidak layak kepada mana-mana tolakan di bawah seksyen itu jika—
dalam hal jika seksyen 40 terpakai, dividen dibayar kepada orang itu dalam tempoh dari tarikh orang itu memperoleh syer yang daripadanya dividen dibayar kepada tarikh pelupusan syer itu dan tempoh itu adalah kurang daripada 90 hari; atau
dividen yang dibayar tidak berkenaan dengan dividen yang terbit daripada pemegangan syer biasa.
Kewangan 53
Bagi maksud seksyen ini—
apa-apa sebutan dalam subseksyen 110(1) Akta ibu sebelum pindaan kepada seksyen itu di bawah Akta ini mengenai
“tax which is deducted from any dividend under section 108” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“tax which is deducted from any dividend under section 40 or 41 of this Part”;
apa-apa sebutan dalam subseksyen 110(13) Akta ibu sebelum pindaan kepada seksyen itu di bawah Akta ini mengenai
“tax has been deducted under subsection 108(1) or deemed to have been deducted under subsection 108(2)” dan
“excess referred in subsection 108(6) or (9)” hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“tax which is deducted or would be deducted under section 40 or 41 of this Act” dan “excess in section 48
of this Act”; dan
pemerolehan syer yang disebut dalam perenggan (1)(a)
tidak termasuk pemerolehan syer dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bab III
Pindaan Kepada Akta Setem 1949
Bab IV
Bab V