Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika—
suatu dividen dibayar oleh sesuatu syarikat kepada mana-mana pemegang syer pada bila-bila masa dalam tempoh mulai 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2013;
dan
syarikat itu mempunyai baki 108 atau baki 108 tersemak pada hari sebelum dividen itu dibayar, dan, jika dividen itu disifatkan sebagai terbit dari Malaysia menurut kuasa seksyen 14 Akta ibu syarikat itu layak untuk memotong cukai pada kadar yang terpakai bagi syarikat itu pada tarikh dividen itu dibayar.
Dividen yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada dividen yang dibayar secara tunai berkenaan dengan pemegangan syer biasa.
Undang-Undang Malaysia 46
Dalam Bahagian ini, “pemegangan syer biasa” ertinya mana-mana pemegangan syer selain syer yang hanya memberi hak kepada mana-mana dividen pada amaun tetap atau peratus kadar tetap nilai nominal syer, atau peratus kadar tetap keuntungan syarikat itu.
Bab III
Bab V