Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English
Contents

Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan

49. Cukai tidak dipotong

(1)

Sesuatu syarikat tidak layak untuk memotong cukai daripada mana-mana dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya jika—

(a)

setakat 31 Disember 2007 baki 108 syarikat itu ialah sifar;

(b)

setakat mana-mana tarikh dari 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2013 baki 108 atau baki 108 tersemak dikurangkan sehingga menjadi sifar menurut seksyen 47; atau

(c)

syarikat itu telah menggunakan opsyen yang tidak boleh dibatalkan di bawah seksyen 50.

(2)

Jika sesuatu syarikat—

(a)

tidak layak untuk memotong cukai di bawah seksyen ini daripada dividen yang telah dibayar kepada mana-mana pemegang syernya; dan

(b)

mengeluarkan kepada mana-mana pemegang syernya suatu sijil yang berupa sebagai menunjukkan bahawa suatu amaun cukai telah dipotong di bawah Bahagian ini daripada dividen yang dibayar kepada pemegang syer itu, suatu amaun yang bersamaan dengan amaun yang akan menjadi jumlah amaun cukai yang dipotong atau disifatkan telah dipotong, jika seksyen 40, 41 dan 42 terpakai, daripada amaun kasar dividen

(yang ditentukan mengikut seksyen 42) yang dibayar kepada semua pemegang syernya pada masa dividen itu dibayar kepada pemegang syer itu hendaklah menjadi amaun yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan amaun itu hendaklah dinaikkan dengan suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang kena dibayar; dan

Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan suatu rekuisisi bertulis kepada syarikat itu dalam borang yang ditetapkan meminta syarikat itu membayar amaun yang kena dibayar dan kenaikan atas amaun yang kena dibayar itu, dan amaun itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah apabila rekuisisi itu disampaikan:

Undang-Undang Malaysia 52

Dengan syarat bahawa jika syarikat itu memuaskan hati Ketua

Pengarah bahawa sijil itu telah dikeluarkan hanya kepada pemegang syer tertentu yang ditetapkan oleh syarikat itu, hutang itu hendaklah dikurangkan kepada suatu amaun yang ditentukan dengan merujuk kepada sijil yang telah dikeluarkan kepada pemegang syer tertentu itu.

(3)

Jika sesuatu syarikat tidak layak untuk memotong cukai ke atas mana-mana dividen yang dibayar menurut subseksyen (1), peruntukan Akta ibu hendaklah terpakai bagi dividen itu.

(4)

Apa-apa hutang yang genap masa di bawah seksyen ini hendaklah boleh dituntut seolah-olah ia adalah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ibu.

Report

Bab III

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab IV

Bab V

Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990