Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap syarikat hendaklah setelah membayar atau mengagihkan kepada pemegang syer suatu dividen yang baginya seksyen 40
atau 41 terpakai (sama ada cukai dipotong daripadanya atau tidak)
mengemukakan kepada pemegang syer suatu sijil berkenaan dengan dividen itu yang menyatakan—
dividen kasar yang dibayar kepada pemegang syer;
amaun cukai—
yang syarikat itu layak untuk memotong di bawah seksyen 40 atau 41; atau
yang disifatkan telah dipotong oleh syarikat itu di bawah seksyen 42; dan
Undang-Undang Malaysia 48
amaun yang sebenarnya dibayar atau jika seksyen 41
terpakai dan dividen itu terdiri daripada harta selain wang, amaun nilai pasaran harta itu pada masa pengagihan dividen itu.
Bab III
Bab V