Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV · Lesen untuk Mengendalikan atau Menyediakan
16. Pemberian atau penolakan untuk memberikan lesen
Feedback & supportSetelah menimbangkan permohonan di bawah subseksyen 12(1)
dan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen 14(3) dan setelah memberikannya pertimbangan yang sewajarnya, Ketua
Pengarah boleh—
(a)
memberikan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan suatu makmal patologi dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat dan apabila dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b)
menolak permohonan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa alasan bagi penolakan itu.