Skip to content

Seksyen 23

Pemberhentian penyediaan kelas dan kekhususan

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 23 of 87
Seksyen 23
(1)

Jika pemegang lesen berniat untuk berhenti menyediakan apa-apa kelas dan kekhususan, dia hendaklah—

(a)

memaklumkan Ketua Pengarah melalui suatu notis bertulis tentang niatnya dan tarikh dia memutuskan untuk berhenti menyediakan kelas dan kekhususan; dan

(b)

mengemukakan lesen yang sedia ada kepada Ketua

Pengarah.

Makmal Patologi 23

(2)

Notis pemberhentian itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Apabila menerima notis pemberhentian dan lesen di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh—

(a)

mengeluarkan suatu arahan berkenaan dengan jagaan sampel dan rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit di makmal patologi berlesen itu; dan

(b)

mengubah lesen itu dengan memotong kelas dan kekhususan yang peruntukan baginya diberhentikan, dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat tambahan.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.