Skip to content

Seksyen 22

Kelas dan kekhususan tambahan

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 22 of 87
Seksyen 22
(1)

Jika pemegang lesen berniat untuk menyediakan kelas dan kekhususan tambahan selain kelas dan kekhususan yang dinyatakan dalam lesen yang sedia ada, dia hendaklah membuat permohonan bagi kelulusan untuk menyediakan kelas dan kekhususan tambahan, dan jika kelulusan diberikan, dia hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen.

(2)

Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan bagi lesen untuk menyediakan kelas dan kekhususan tambahan, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen mengenai keputusannya dan meminta pemegang lesen untuk mengemukakan lesen yang sedia ada.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 674

(3)

Apabila menerima lesen yang sedia ada, Ketua Pengarah hendaklah memberikan lesen baru kepada pemegang lesen yang hendaklah menyatakan kelas dan kekhususan tambahan yang diluluskan sebagai tambahan kepada kelas dan kekhususan yang telah dinyatakan dalam lesen yang sedia ada.

(4)

Lesen yang diberikan di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan terlebih dahulu, sah selama tempoh yang tidak melebihi lesen yang sedia ada.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.