Skip to content

Seksyen 17

Lesen hendaklah menyatakan kelas dan kekhususan makmal patologi

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 17 of 87
Seksyen 17
(1)

Suatu lesen hendaklah menyatakan kelas dan kekhususan makmal patologi yang baginya lesen diberikan dan maksud yang baginya lesen itu boleh disenggarakan.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 674

(2)

Pemegang lesen yang mengendalikan atau menyediakan apa-apa kelas dan kekhususan yang tidak dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.