Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV · Lesen untuk Mengendalikan atau Menyediakan
21. Pembaharuan lesen
Feedback & supportPemegang lesen boleh membuat permohonan bagi pembaharuan lesen tidak lewat daripada satu ratus dan lapan puluh hari sebelum tarikh tamat lesen itu—
dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan;
disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
dengan mengemukakan bersama-sama dengan permohonan itu apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), pegawai yang diberi kuasa boleh memeriksa makmal patologi berlesen itu.
Semasa membaharui lesen, Ketua Pengarah boleh mengubah terma dan syarat lesen, atau mengenakan terma dan syarat tambahan.
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membaharui suatu lesen jika pemegang lesen—
telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini; atau
telah gagal untuk mematuhi apa-apa terma atau syarat lesen.