Skip to content

Seksyen 53

Kuasa pegawai yang diberi kuasa untuk memasuki dan memeriksa

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 53 of 87
Seksyen 53
(1)

Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki dan memeriksa pada bila-bila masa mana-mana makmal patologi berlesen atau mana-mana premis yang dia syak atau mempunyai sebab untuk mempercayai digunakan sebagai makmal patologi tanpa lesen.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 674

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa boleh—

(a)

menguji, memeriksa, mengambil, mengalih atau menahan apa-apa kelengkapan yang digunakan atau dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu;

(b)

menguji, memeriksa, mengambil, mengalih atau menahan sampel darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang seumpamanya yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu;

(c)

menguji, memeriksa, mengambil, mengalih atau menahan apa-apa bekas, barang dan benda lain yang pegawai yang diberi kuasa semunasabahnya mempercayai mengandungi atau pernah mengandungi darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang seumpamanya yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu;

(d)

memeriksa apa-apa ujian atau tatacara atau pembedahan yang dilaksanakan atau dijalankan dalam makmal patologi untuk memastikan pematuhan peruntukan Akta ini; atau

(e)

memeriksa, mengambil, membuat salinan atau membuat cabutan daripada mana-mana rekod yang dijumpai dalam makmal patologi atau premis itu.