Seksyen 57
Senarai benda yang disita
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan salinan senarai itu hendaklah diberikan kepada pemegang lesen, orang yang bertanggungjawab, atau penghuni makmal patologi atau premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah digeledah di bawah seksyen 53, 54 atau 55.
(2)
Jika makmal patologi berlesen atau premis itu tidak dihuni, pegawai yang diberi kuasa hendaklah bila mana yang mungkin menampal suatu senarai barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di makmal patologi atau premis itu.