Skip to content

Seksyen 60

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 60 of 87
Seksyen 60
(1)

Pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pegawai yang diberi kuasa mendapati mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai yang diberi kuasa boleh melaporkan keengganan itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).