Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XII · Penguatkuasaan
55. Menggeledah dan menyita tanpa waran
Feedback & supportJika seseorang pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk memperoleh waran geledah di bawah seksyen 54—
penyiasatan akan terjejas;
matlamat kemasukan mungkin terkecewa; atau
buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang merupakan bukti tentang pelanggaran itu mungkin diganggu, dialih, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki makmal patologi atau premis itu dan menjalankan, berkenaan dengan makmal patologi atau premis itu, semua kuasa yang dirujuk dalam seksyen 54 seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.