Seksyen 56
Capaian kepada data berkomputer
ActIn forceProvision 56 of 87
Seksyen 56
(1)
Seseorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang distorkan dalam komputer atau sebaliknya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk capaiannya bagi membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Makmal Patologi 49