Skip to content

Seksyen 76

Pewakilan oleh Ketua Pengarah

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 76 of 87
Seksyen 76
(1)

Ketua Pengarah boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan pengawasannya apa-apa kuasa, tugas atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa di bawah seksyen 52 dan 67, dan apabila sudah diwakilkan kuasa itu hendaklah dijalankan oleh pegawai itu di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Suatu perwakilan di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah dan tidak menghalang

Ketua Pengarah daripada menjalankan sendiri kuasa yang diwakilkan itu.