Skip to content

Seksyen 72

Rayuan

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 72 of 87
Seksyen 72
(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana keputusan Ketua Pengarah sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada orang itu.

(2)

Keputusan Ketua Pengarah yang boleh dirayu ialah—

(a)

keengganan untuk memberikan kelulusan atau lesen di bawah Akta ini;

(b)

keengganan untuk membaharui lesen di bawah Akta ini;

(c)

pengenaan apa-apa terma dan syarat ke atas suatu kelulusan atau lesen di bawah Akta ini;

(d)

pengenaan apa-apa terma dan syarat ke atas pembaharuan lesen apabila diperbaharui di bawah Akta ini;

(e)

keengganan melanjutkan masa di bawah subseksyen 9(3);

(f)

pengeluaran suatu perintah pembatalan di bawah Akta ini;

(g)

pengeluaran suatu perintah penutupan di bawah subseksyen 35(1);

(h)

keengganan untuk meluluskan apa-apa peluasan atau pengubahan di bawah subseksyen 41(1);

(i)

keengganan untuk meluluskan apa-apa pindah milik atau penyerahhakan di bawah subseksyen 42(3); atau

(j)

apa-apa keputusan lain yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 674

(3)

Menteri boleh, selepas meneliti rayuan itu, mengesahkan, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan Ketua Pengarah sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) dan mengenakan apa-apa terma atau syarat terhadap keputusannya, sebagaimana yang disifatkannya adil atau perlu.

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.