Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XIII · Pelbagai
83. Kesalahan dan penalti am
Feedback & supportJika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 67
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit;
dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.