Seksyen 82
Sumbangan sosial atau kebajikan
ActIn forceProvision 82 of 87
Seksyen 82
(1)
Menteri boleh menetapkan jenis sumbangan sosial atau kebajikan atau kuantum sumbangan sosial atau kebajikan yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini yang hendaklah disediakan oleh mana-mana makmal patologi berlesen.
(2)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, meminda jenis sumbangan sosial atau kebajikan atau kuantum sumbangan social atau kebajikan yang dikenakan di bawah subseksyen (1).
(3)
Mana-mana makmal patologi berlesen yang gagal untuk mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.