Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XIII · Pelbagai
81. Pendedahan maklumat sulit
Feedback & supportMana-mana orang yang menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut kuasa peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dilakukan untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—
bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Akta ini;
bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;
bagi maksud mana-mana penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;
berkaitan dengan apa-apa jua perkara yang berhubungan dengan prosiding disiplin profesional;
kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesional jagaan kesihatan;
kepada mana-mana peguam yang diluluskan secara bertulis oleh pelanggan makmal patologi berlesen, yang meminta maklumat berhubung dengan mana-mana perkhidmatan makmal patologi yang disediakan kepada orang itu;
kepada mana-mana orang atau mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai seorang yang sesuai untuk menerima maklumat itu; atau
Undang-Undang Malaysia 66
bagi atau berhubung dengan persediaan oleh Kerajaan bagi statistik kesihatan atau daftar kesihatan berkenaan dengan penguatkuasaan Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.