Skip to content
In forceUpdated to 28 Feb 2020Read it in English

Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

29. Pembatalan pendaftaran secara sukarela

Feedback & support
(1)

Seorang pemproses mata wang berdaftar yang bercadang untuk berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang hendaklah memberikan suatu notis kepada Bank bagi pembatalan pendaftaran secara sukarela dan boleh mencadangkan suatu tarikh kuat kuasa bagi pembatalan pendaftaran secara sukarela itu.

(2)

Bank hendaklah, apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (1), membatalkan pendaftaran seorang pemproses mata wang berdaftar mengikut cadangan tarikh kuat kuasa yang dinyatakan dalam notis itu, jika ada, atau apa-apa tarikh terkemudian yang difikirkan patut oleh Bank.

(3)

Bank hendaklah memberitahu seorang pemproses mata wang berdaftar mengenai tarikh kuat kuasa pembatalan pendaftaran secara sukarelanya di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Bahagian VII

Kecualian dan Peralihan

Schedules