Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
24. Larangan menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun, selain Bank atau suatu institusi kewangan, boleh—
(a)
menjalankan suatu perniagaan pemprosesan mata wang;
atau
(b)
mengemukakan dirinya sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar, melainkan jika orang itu berdaftar di bawah seksyen 26.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.