Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
33. Amalan berhemat dan profesional
Feedback & supportSeseorang pemproses mata wang berdaftar dan suatu institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang hendaklah menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya secara berhemat, secara profesional dan dengan integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Seseorang pemproses mata wang berdaftar dan suatu institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang hendaklah mematuhi dan memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 61, termasuk standard mengenai amalan berhemat, integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam menjalankan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya.