Skip to content

Seksyen 32

Kesan pembatalan pendaftaran

of Akta Mata Wang 2020

ActIn forceProvision 32 of 70
Seksyen 32
(1)

Jika seorang pemproses mata wang berdaftar membatalkan pendaftarannya secara sukarela di bawah seksyen 29 atau Bank membatalkan pendaftaran seorang pemproses mata wang berdaftar di bawah subseksyen 31(3), pemproses mata wang berdaftar itu hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang pada tarikh kuat kuasa pembatalan pendaftaran itu.

(2)

Suatu pembatalan pendaftaran tidak boleh memberi kesan ke atas apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah, apa-apa perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh pemproses mata wang berdaftar itu dengan mana-mana orang sebelum pembatalan pendaftaran itu.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 827