Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
44. Hak bagi akses dan pengemukaan harta, dsb
Feedback & supportMana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 42
atau 43 hendaklah—
membenarkan akses kepada apa-apa dokumen, akaun, transaksi, harta, perkakas, peralatan, jentera, komputer, output komputer, sistem, infrastruktur, premis dan pejabat;
dan
memberikan apa-apa dokumen, akaun, transaksi, harta, perkakas, peralatan, jentera, komputer, output komputer dan sistem, kepada Bank mengikut cara dan dalam masa yang ditentukan oleh Bank.
Bagi maksud subseksyen (1), orang yang diperiksa hendaklah memberikan Bank kunci, kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang diperlukan atau apa-apa cara lain bagi membolehkan pemahaman apa-apa output komputer, jentera, peralatan atau infrastruktur.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.