Seksyen 35
Fi
ActIn forceProvision 35 of 70
Seksyen 35
(1)
Seseorang pemproses mata wang berdaftar hendaklah membayar apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 60.
(2)
Tiada pemproses mata wang berdaftar berhak untuk suatu pembayaran balik apa-apa fi yang dibayar di bawah subseksyen (1).
Mata Wang 25
(3)
Bank boleh membawa guaman terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan kembali apa-apa fi yang tidak dibayar di bawah Akta ini sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan dan mahkamah boleh memberikan award kos untuk mendapatkan kembali fi yang tidak dibayar itu kepada
Bank.