Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
38. Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan merekodkan maklumat peribadi orang yang daripadanya mata wang ditahan
Feedback & supportApabila penahanan mata wang kertas atau mata wang syiling dibuat di bawah seksyen 37, adalah sah bagi Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan untuk merekodkan maklumat peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan dan alamat orang yang daripadanya mata wang kertas atau mata wang syiling itu ditahan oleh Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan, termasuk—
maklumat peribadi pemunya di sisi undang-undang atau pemunya benefisial; dan
maklumat peribadi pembawanya atau mana-mana orang yang memiliki mata wang kertas atau mata wang syiling yang ditahan itu sebelum penahanan itu.
Orang yang daripadanya mata wang kertas atau mata wang syiling itu ditahan di bawah seksyen 37 hendaklah memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) kepada
Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Mata Wang 27