Skip to content
In forceUpdated to 28 Feb 2020Read it in English

Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

41. Pengemukaan dokumen atau maklumat

Feedback & support
(1)

Seseorang pemproses mata wang berdaftar dan suatu institusi kewangan hendaklah mengemukakan kepada Bank, atau kepada mana-mana orang yang dikenal pasti oleh Bank, apa-apa dokumen atau maklumat mengikut cara dan dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh Bank yang berhubungan dengan—

(a)

seorang pemproses mata wang berdaftar atau perniagaan pemprosesan mata wangnya; atau

(b)

suatu institusi kewangan atau aktiviti pemprosesan mata wangnya.

28

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat yang betul, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Bahagian VII

Kecualian dan Peralihan

Schedules