Akta Mata Wang 2020 · Updated to 28 Feb 2020 · Bahagian IV · Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
42. Kuasa untuk memeriksa
Feedback & supportBank boleh tanpa apa-apa notis terdahulu, memeriksa apa-apa—
dokumen, akaun atau transaksi;
komputer, jentera, peralatan atau infrastruktur; dan
premis atau pejabat, yang berhubungan dengan perniagaan pemprosesan mata wang atau aktiviti pemprosesan mata wang seseorang pemproses mata wang berdaftar atau ejennya.
Bagi maksud subseksyen (1), kuasa untuk memeriksa termasuklah kuasa untuk—
menguji apa-apa komputer, jentera, peralatan dan infrastruktur;
membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, akaun, output komputer, transaksi dan output apa-apa jentera, peralatan dan infrastruktur; dan
mengambil gambar apa-apa dokumen, akaun, transaksi, komputer, jentera, peralatan, infrastruktur, premis dan pejabat.
Mata Wang 29