Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak
101. Section 101
Feedback & supportMahkamah boleh atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak—
jika keputusan sesuatu prosiding perkahwinan masih belum selesai; atau
jika, di bawah sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah, hanya seorang sahaja, iaitu ibu atau bapa, mempunyai jagaan atas anak itu manakala yang satu lagi itu tidak mempunyai jagaan, mengeluarkan suatu injunksi menahan ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk pada apa-apa syarat atau aku janji yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menahan mana-mana orang, selain orang yang mempunyai jagaan atas seseorang anak, daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia.
Kegagalan untuk mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan terhadap mahkamah.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 71
Relief lain