Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak

93. Kuasa bagi mahkamah memerintahkan nafkah bagi anak

Feedback & support

In plain English

The court may order a man to pay maintenance for his child. Grounds include not providing reasonably for the child, deserting his wife who has the child, and ongoing marriage cases. A woman may also be ordered to help support her child, if her means make this reasonable. Payment may go to the child's custodian, carer or trustees.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah untuk faedah anaknya—

(a)

jika dia telah enggan atau abai untuk mengadakan peruntukan yang munasabah bagi anak itu;

(b)

jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anak itu adalah dalam jagaan isterinya;

(c)

dalam masa menunggu penyelesaian sesuatu prosiding perkahwinan; atau

(d)

apabila membuat atau selepas daripada membuat sesuatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

(2)

Mahkamah juga berkuasa memerintahkan seseorang perempuan membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah anaknya jika mahkamah berpuas hati bahawa dengan mengambil kira kepada kemampuannya adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

68

Undang-Undang Malaysia

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang amanah bagi anak itu.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules