Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak
90. Perintah perisytiharan tentang ketidaklayakan ibu atau bapa menjaga anak
Feedback & supportMahkamah boleh, apabila memberi sesuatu perceraian atau perpisahan kehakiman, atau pada bila-bila masa kemudian daripadanya, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak dari perkahwinan itu, membuat suatu perintah mengisytiharkan salah seorang ibu atau bapa sebagai seorang yang tidak layak untuk menjaga anak itu dan boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perintah demikian.
Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), dan belum dibatalkan, ibu atau bapa yang dengan itu diisytiharkan sebagai tidak layak tidaklah berhak, apabila mati orang yang satu lagi itu, menjaga anak itu melainkan jika mahkamah memerintahkan sebaliknya.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 67