Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak
103. Injunksi terhadap gangguan
Feedback & supportMahkamah adalah berkuasa dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding perkahwinan atau pada atau selepas pemberian sesuatu dekri perceraian, perpisahan kehakiman atau pembatalan, memerintahkan mana-mana orang supaya tidak memaksa suami atau isteri atau suami atau isterinya yang dahulu menerima kehadirannya dan perbuatan gangguan lain.