Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak
89. Perintah tertakluk pada syarat
Feedback & supportIn plain English
The court may attach conditions to a custody order. Subject to those conditions, the person with custody decides on the child's upbringing and education. Conditions may cover the child's home, education and religious upbringing. An order may give a parent without custody, and certain relatives, time with the child. It may also forbid taking the child out of Malaysia.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan oleh mahkamah patut dikenakan, dan tertakluk pada syarat itu, jika ada, sebagaimana terpakai dari semasa ke semasa, adalah memberi hak kepada orang yang diberi jagaan itu memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran anak itu.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh—
mengandungi syarat tentang tempat di mana anak itu akan tinggal, tentang cara pendidikannya dan tentang agama dalam mana dia akan dibesarkan;
66
Undang-Undang Malaysia
mengadakan peruntukan bagi anak itu berada bagi sementara dalam peliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
mengadakan peruntukan bagi anak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau mana-mana ahli keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada bila-bila masa dan bagi beberapa lama yang difikirkan munasabah oleh mahkamah;
memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau mana-mana ahli keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau
melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa anak itu ke luar Malaysia.